Selamat Datang ke Blog Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun

18 November 2010

ISU TARIKH RAYA HAJI 1431

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan 1 zulhijjah 1431 jatuh pada hari Ahad 7.11.2010 dan dengan itu 10 zulhijjah 1431 di Arab Saudi ialah Selasa 16.11.2010. Manakala Malaysia mengumumkan 1 zulhijjah 1431 jatuh pada hari Isnin 8.11.2010 dan dengan itu 10 zulhijjah di Malaysia ialah Rabu 17.11.2010.

Persatuan Falak Syar'i Malaysia bersetuju menyokong JAKIM menetapkan 1 zulhijjah 1431 pada 8.11.2010. Ini berdasarkan kriteria إمكانة الرؤية , dalam pembuatan kalendar hijri yang diamalkan di Malaysia semenjak 1995. Kriteria ini telah dipersetujui untuk digunapakai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Penentuan Hari Raya di Malaysia adalah berdasarkan kepada رؤية dan حساب. Mengikut hisab matahari, bulan dan bumi akan mengalami إجتماع pada pukul 12.50 tengahari 6.11.2010. Menurut hisab, pada petang tersebut matahari akan terbenam pukul 18.67 dan bulan akan terbenam pukul 19.01. Umur هلال ketika terbenam matahari ialah 6 jam dan ketinggian dari ufuk ialah 0.4 darjah. Salah satu syarat yang ditetapkan dalam falak ialah, umur hilal mestilah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtima'. Oleh yang demikian bulan zulqaedah akan digenapkan menjadi 30 hari dan 1 zulhijjah akan jatuh pada 8.11.2010. Seterusnya hari raya adha ialah 17.11.2010.

Hasil pencerapan yang dilakukan oleh Komplek Falak al-Khawarizmi JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA pada hari Sabtu 6.11.2020 (29 zulqaedah 1431) adalah seperti berikut;
matahari ghurub pada pukul 18:56:59,
bulan ghurub pada pukul 19:01:16,
tarikh ijtimak 16.11.2010,
waktu ijtimak 12:52:50,
keadaan ufuk berawan,
hasil rukyah hilal tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah.

Dengan penerangan yang dikutip dari Persatuan Falak Syari Malaysia ini, diharap semua berpuas hati dalam melakukan ibadat solat sunat hari raya.

USTAZ SHAKIB

15 November 2010

Wuquf di Arafah

Hari ini 9 zulhijjah muslimin akan wuquf di Arafah, termasuk salah seorangnya ialah Ustazah Amanisah. Esok 10 zulhijjah muslimin akan sambut Aidil Qurban. Meriahkanlah dengan laungan takbir kemenangan di setiap surau dan masjid. Pastikan suara kita yang paling kuat di surau dan masjid tempat kita bersolat aid nanti. Laungan itu akan didengar oleh makhluk di sekitar surau dan masjid. Makhluk di sekitar surau dan masjid akan menjadi saksi bahawa kita paling berani angkat suara menyebut kebesaran الله di zaman ini.... zaman orang sedang malu nak takbir.


!!!!!الله أكبر

USTAZ SHAKIB

08 November 2010


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana di atas nikmat dan kurnianya iaitu iman dan islam ,kami daripada murabitha 1 dan 2 telah mengadakan majlis penangguhan usrah bagi sesi 2010.

Program ini diadakan adalah daripada hasil perbincangan naqib dan naqibah dengan sokongan daripada kami sebagai ahli usrah murabitha..

Semasa program ini pelbagai tugasan telah kami lakukan antaranya memasak di waktu petang.Bagi tugasan ini dilakukan oleh muslimat dan para muslimin ditugaskan untuk menyediakan tempat dan mencari bahan mentah untuk dimasak.

Pelbagai juadah telah disediakan oleh muslimat antaranya, nasi tomato,kuih tradisional dan sebagainya.

Tepat jam 9.30 majlis dimulakan dengan membaca ummul firqan al-fatihah sebagi pembukaan majlis .selepas itu kami bersama menasyidkan asmaul husna dengan iringan muzik.

Program ini merupakan salah satu wadah untuk kami mengeratkan silaturahim sebagai saudara seagama,seakidah dan setauhid……..Usrah mampu memberikan ilmu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian….Dalam usrah ada tiga rukun iaitu ta’aruf,tafahum dan takaful yang mana menjadi kekuatan bagi jemaah seumpama ini..Bergerak dalam jemaah adalah merupakan kekuatan dalam menegaKkan agama islam..,,,

26 Oktober 2010

Baju Melayu

Mesyuarat dalaman JAPIM yang diadakan pada 26 Oktober telah memutuskan bahawa setiap pensyarah lelaki dan pelajar lelaki dikehendaki memakai suit baju Melayu yang lengkap pada setiap hari Jumaat pada minggu pertama setiap bulan. Semoga keputusan ini dapat dipatuhi oleh semua warga JAPIM yang terlibat.

Ustaz Rizal.

18 Oktober 2010

Topi keledar.

"Pelajar-pelajar kita 'keras kepala' ka 'kepala keras'?", itulah antara ungkapan yang kedengaran dalam satu kursus sesama pensyarah baru-baru ini. Lebih tak sedap mata bila melihat anak-anak JAPIM sendiri yang hanya mengenakan songkok atau langsung tidak memakai topi keledar ketika berulang-alik antara rumah sewa ke kampus. Sebenarnya undang-undang topi keledar ialah demi maslahah penunggang dan bersesuaian dengan maqasid as-syarie dalam bab hifdzu an-nafs (menjaga nyawa). Tidak rugi apa-apa pun jika kita mengikuti undang-undang yang bermanfaat ini. Hairan juga anak-anak JAPIM masih tidak peka dengan masalah ini. Sekurang-kurangnya ingatlah, kita ada tanggungjawab menjaga nama baik Islam. Ada pahalanya jika kita memakai topi keledar untuk menjaga maslahat diri dan lebih-lebih lagi demi menjaga kemuliaan Islam. Semoga mesej ini dapat diwar-warkan kepada seluruh warga JAPIM.

Ustaz Rizal.

14 Oktober 2010

الفاتحة

Marilah kita sama-sama hadiahkan pahala bacaan surah الفاتحة kepada ruh saudara Syamil 2PISMP KS1 yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Semoga beliau ditempatkan bersama solihin.
USTAZ SHAKIB

13 Oktober 2010

Mahrajan Al-Lughah Al-Arabiyyah


Mahrajan Al-Lughatul Arabiyyah tela
h berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh IPG Kampus Darulaman pada 12 Oktober 2010 sebagai meneruskan tradisi yang dimulakan oleh IPG kampus Tuanku Bainun pada tahun lepas. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga dikalungkan kepada IPG Kampus Darulaman kerana sudi meneruskan tradisi ini. Menyingkap sejarah mahrajan pada tahun lepas di kampus kita, amat terasa bahangnya apabila seminggu sebelum mahrajan diadakan, hampir seluruh warga JAPIM mula bertutur dengan bahasa syurga ini. Lebih menyerlah lagi pada hari mahrajan diadakan, seluruh warga JAPIM berpakaian ala padang pasir yang kadang-kadang melucukan apabila dikenangkan.

Bagi pelajar-pelajar JAPIM yang turut serta berkunjung dan memeriahkan acara-acara di Jitra baru-baru ini, pihak JAPIM IPG KTB amat berterima kasih kepada semua. Tahniah juga diucapkan bagi anak-anak JAPIM yang berjaya membawa pulang hadiah2 kemenangan. Bagi yang kurang berjaya, usah bersedih atau berputus asa. Apa yang penting ialah mengasah kemahiran diri dan keyakinan diri dalam berbahasa arab. JAPIM IPG KTB berhasrat melahirkan anak-anak JAPIM yang mampu menggunakan bahasa ini dalam kehidupan harian mereka sebagai bahasa yang akan memampukan mereka menggali ilmu-ilmu dalam Al-Quran dan sunnah serta kitab-kitab turath Islami yang amat berharga. Semoga dengan kemampuan ini anak-anak JAPIM akan keluar sebagai para 'duat' dalam perjuangan memartabatkan semula Islam sebagai 'ad-Deen'.

07 Oktober 2010

Wahai anak...

Semalam ustaz dijemput memberi ceramah di sebuah masjid kepada remaja sekolah. Setelah habis berceramah, dijemput seorang ajk masjid yang sudah lanjut usianya untuk memberi sepatah kata dan merasmikan majlis penutup. Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan remaja tentang bagaimana untuk menggembirakan ibu dan ayah. Mengimbas kembali zaman remajanya, beliau dengan nada sayu menyatakan masa remajanya, beliau sering tidak berpuas hati apabila orang tuanya sering menyuruhnya mengulangkaji pelajaran. Rupanya bila beliau sudah berusia begini, barulah beliau faham rupanya orang tua kita rasa gembira jika mereka melihat kita rajin mengulangkaji pelajaran. Kejayaan kita adalah hadiah terbesar kita untuk mereka. Bukannya wang ringgit. Oleh itu wahai remaja, gembirakanlah hati ibu dan ayah anda dengan rajin mengulangkaji pelajaran. Jadilah anak-anak penyejuk mata kedua orang tua selagi mereka masih ada. Memandang wajah mereka sahaja sudah menjadi pahala, inikan pula jika kita boleh menggembirakan hati mereka. Insaflah...

Kunjungan muhaddith ke Surau Al-Ghazali


الامام العلامة المحدث الشيخ محمد ابراهيم عبد الباعث الحسينى الكتانى

http://www.facebook.com/pages/mhby-fdylt-alshykh-mhmd-abrahym-bd-albath/106868466009749?v=wall

16 Oktober 2010 (Sabtu)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 10 di Maktab Perguruan Tunku Bainun, B.Mertajam.
4.30 ptg : Majlis Sama' Ahadis 11 di Pusat Islam USM.
8.00 mlm : Ceramah di Pusat Islam USM P.Pinang
Tajuk : Manhaj Aqidah Ahlus sunnah wal Jamaah & Soal Jawab

Semoga kita semua dapat memeriahkan majlis ini nanti.

06 Oktober 2010

Isu Google Translator

Kemudahan yang ditawarkan oleh teknologi hari ini tidak dapat dinafikan telah banyak membantu memudahkan hidup manusia sejagat. Tetapi tidak semua kecanggihan teknologi mampu memahami kehendak sebenar manusia. Salah satu kemajuan teknologi yang menjadi isu bagi pensyarah dan pelajar di JAPIM IPTB ialah penggunaan Google Translator untuk menyiapkan kerja kursus dan tesis. Penyerahan sepenuhnya kepada 'kepintaran' Google translator di kalangan pelajar membuatkan pensyarah-pensyarah 'pening kepala'. Bak kata orang, lebih senang bina rumah baru berbanding membaik pulih rumah yang nak roboh. Itulah yang berlaku apabila pelajar-pelajar terlalu bergantung kepada Google translator ini. Penulisan ayat-ayat dalam Bahasa Arab menjadi tunggang-langgang sehingga menyukarkan pensyarah memahami maksud yang ingin disampaikan. Kadang-kadang pensyarah sendiri terpaksa membentuk semula ayat-ayat pelajar sehingga seolah-olah pensyarah pula yang 'tolong buat assignment' pelajar. Semoga pelajar-pelajar tidak mengulangi kesilapan ini lagi pada masa hadapan. Cuba manfaatkan Google Translator hanya untuk mengetahui perkataan sahaja, bukan untuk menterjemahkan ayat yang lengkap. Teknologi ini belum mampu memahami maksud sebenar yang ingin anda sampaikan. Sekian. Wallahu a'lam.

05 Oktober 2010

Tafsir Ibn Kathir


Inilah kitab yang amat berharga yang perlu anda miliki dan mengkajinya. tafsir Ibnu Kathir. Kata Imam Asy-Syaukani," Aku belum pernah melihat ada kitab tafsir yang lebih hebat dari kitab ini".

Imam As-Suyuti juga berkata," Di dunia ini, belum ada satu kitab pun yang lebih hebat dati tafsir Ibnu Kathir".

Sudahkah anda memiliki khazanah berharga ini? Sebagai penuntut ilmu dalam bidang ilmu-ilmu Islam, anda sebaiknya memiliki kitab ini dalam koleksi kitab-kitab anda. Amat malang jika anda lahir dari IPTB ini tanpa pernah sekalipun mentelaah kitab-kitab turath yang berharga seperti ini. Marilah kita mengarahkan seluruh usaha dan kekuatan kita untuk mendalami Al-Quran melalui kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti kitab ini. Semoga Allah permudahkan anda semua. Amin.

04 Oktober 2010

Seminar Penyelidikan

Seminar penyelidikan akan diadakan pada 12 dan 13 Oktober 2010. Pelajar-pelajar tahun akhir akan membentangkan hasil kajian masing-masing untuk melayakkan mereka dianugerahkan ijazah perguruan. JAPIM akhir-akhir ini semakin meriah dikunjungi oleh pelajar-pelajar yang sedang membuat persiapan untuk pembentangan mereka. Marilah kita semua sama-sama mendoakan mereka berjaya mengharungi detik-detik penting dalam hidup mereka ini. amin.

Pensyarah hasilkan buku.

Jika anda merasa kurang bermotivasi untuk menghafaz Al-Quran, apa kata jika anda cuba berjinak dengan sebuah buku yang disusun oleh seorang pensyarah JAPIM Ustaz Abdul Rahim Ramly bertajuk "Ya Allah! Jinakkan hatiku menghafaz kitabMu". Buku ini sarat dengan kata-kata yang mengetuk-ngetuk pintu hati pembaca agar mencintai kitab suci ini dan seterusnya menyimpannya di dalam dada masing-masing. Penampilan bahasa yang mudah dan ringan menyerlahkan kesesuaian buku ini untuk menjadi bacaan semua lapisan masyarakat. Ayuh segera dapatkan buku ini terus dari penulisnya. Semoga kita semua menjadi pencinta Al-Quran dan mendapat syafaatnya di akhirat nanti.

01 September 2010





Pada 24 ogos 2010 yang lepas, Jabatan Pewakilan Pelajar telah mengadakan program sua mesra tautan ukhwah yang bertempat di dewan aminuddin baki. Seramai lebih kurang 200 pelajar ipgktb telah turun bersama-sama bagi memeriahkan program ini termasuk guru pelatih India dan China. Turut sama hadir bagi memeriahkan majlis ini adalah Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGKTB. Majlis ini bermula dari jam 7.00 petang dan berakhir pada 10.00 malam. Solat maghrib, isyak dan solat terawih telah dijalankan di dewan Aminuddin Baki .

pelajar muslim berbuka puasa
majlis bersalam-salaman setelah solat trawi
pelajar non-muslim juga turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.

23 Ogos 2010

pesanan minggu ini




Dari Anas r.a ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila makan malam (berbuka) telah disediakan, maka mulailah makan sebelum solat maghrib, janganlah mendahului solat daripada makan
malam itu (yang sudah terhidang).

27 Julai 2010

Nisfu Syaaban 1511 : Pra Ramadhan

26.7.2010 jam 7.30 malam bertempat di Surau al-Ghazali, telah diadakan Sambutan Pra Ramadhan. Acara diisi dengan solat maghrib berjamaah, bacaan surah Yaa Siin sebayak 3 kali dengan diiringi bacaan doa agar dipanjangkan umur di dalam taat kepada Allah; dimurahkan rezeki agar dibelanjakan dalam taat kepada Allah; dan dimatikan di dalam Iman kepada Allah. Bacaan Yaa Siin dipimpin oleh Ustaz Shakib (Pensyarah JAPIM). Selepas solat isya berjamaah yang diimamkan oleh Saudara Sayuti al-Kelantaniy (4KPLI PAAQBA), para hadirin dihidangkan pula dengan solat hajat yang dipimpin oleh Saudara Afif (4PISMP PAAQBA).

Dengan momentem Sambutan Pra Ramadhan ini, diharap warga IPG KTB sentiasa rindukan bulan Ramadhan yang akan menjelang 15 hari lagi.

30 Jun 2010

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN


30.6.2010 JAPIM telah anjurkan Kursus Dalaman untuk pensyarah JAPIM bertempat di Bilik JAPIM. Penceramah yang diundang untuk kursus tersebut ialah Puan Hairiah Munib Penyalaras MQA PISMP. JAPIM ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur, penceramah dan peserta kursus; dan tak dilupakan jutaan terima kasih daun keladi kepada Sohibul To'am; Tuan Haji Mahadzir, Ustazah Amanisah dan Cik Teo Lai Yong yang bertungkus lumus menaja makan semi-tengahari.

01 Jun 2010

KUNJUNGAN WARIS NABI MUHAMMAD

Syukur yang amat sangat. Pada 31.5.2010 jam 9.00 malam, warga IPTB dikunjungi oleh sesusuk tubuh yang mengalir di dalamnya darah mulia Baginda Muhammad Rasulullah. Beliau ialah Saiyyidina Habib Hassan al-'Attas; imam besar di Singapura. Kunjungan beliau ke surau al-Ghazali yang diluar perancangan manusiawi adalah rahmat yang sangat besar.

Turut hadir menyambut Saiyyidina Habib Hassan al'Attas ialah Tuan Pengarah IPTB, pensyarah Kanan, wakil Jabatan dan pensyarah JAPIM. Pada kesempatan yang penuh rahmat itu, Sayyidina Habib telah menghadiahkan dan mengijazahkan kepada hadirin dan hadirat amalan turun-temurun yang beliau pusakai dari atuknya; Rasulullah. Amalan zikir yang mudah tetapi sungguh agung, iaitu amalan zikir ketauhidan telah ditalaqqi oleh beliau dengan nada yang sungguh syahdu.... hening.... bening.... meresap ke sanubari.

Seruan kepada yang menerima aijazah pada malam itu, beramallah walau sedikit kerana tuan puan telahpun berbai'ah.

10 Mei 2010

PROGRAM PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DALAM AKTIVITI HARIAN

10 Mei 2010 (Isnin) telah berlangsung satu lagi program pemantapan akhlak dan nilai murni anjuran JAPIM dengan kerjasama HEP. Antara objektif program ialah memberi kesedaran pentingnya pengamalan nilai-nilai murni dan memantapkan amalan tersebut dalam aktiviti harian mengikut budaya dan latarbelakang masing-masing.
Pelatih telah didedahkan penerangan tentang amalan mulia di DAB, DTH dan DTM oleh barisan pensyarah yang memang mantap. Mereka ialah;
1. Tuan Haji Harun (KJ JAPIM)
2. Cik Teo Lai Yong (KU Moral JAPIM)
3. Puan Teoh Yang Sok (Kaunselor Pentadbir)
4. Encik Ravendran (JHEP)
5. Encik Kuppusamy (JPJK)
6. Tuan Haji Rahim (JAPIM)
7. Tuan Haji Subki (JAPIM)








PERTANDINGAN HAFAZAN 1KPLI

Pada 6.4.2010 telah disempurnakan Pertandingan Hafazan KPLI-JAPIM. Program ini adalah atas idea Ustazah Amanisah dengan dibantu oleh Ustaz Zubir dan Ustaz Shakib. AJK Kerja yang terdiri dari 1KPLI 2010 telah menunjukkan kejayaan yang cemerlang dalam mengendalikan program tersebut.

04 Mei 2010

Projek Kerja Amal

Projek Kerja Amal ke Rumah Kebajikan Anak-anak Cacat pada 8 Mei 2010. Program di bawah kendalian Cik Teo Lai Yong telah dijalankan dengan jayanya serta memberi kesan yang mendalam kepada semua peserta.

Khemah Ibadat






Khemah Ibadat 2KPLI telah berjaya disempurnakan oleh Us Rahim b Ramly dan krewnya pada 8 dan 9 Mei 2010. Dengan dibantu oleh barisan AJK Kerja yang mantap; iaitu seramai 16 orang. Antara aktiviti yang mencabar ialah salah seorang peserta diberaki oleh ayam.

03 Mei 2010

Selamat Datang

Assalamualaikum

Selamat Datang ke blog Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.Mula dilancarkan pada 3 Mei 2010.