Selamat Datang ke Blog Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun

21 Februari 2011




12 Rabiul Awwal 1432. Sambutan maulidur rasul peringkat IPG KTB anjuran JAPIM berjalan lancar. Lebih memeriahkan lagi majlis dengan kehadiran warga baru JAPIM dari kalangan ustaz dan ustazah j-Qaf ambilan Januari 2011. Seekor lembu telah ditumbangkan bagi menjamu para tetamu yang hadir. Kerjasama para pensyarah dan anak-anak JAPIM bermula dari acara menyembelih sehingga jamuan dihidangkan menampakkan ikatan ukhuwwah yang erat. Ucapan terima kasih juga diucapkankan kepada semua pensyarah dan pelajar-pelajar dari jabatan lain yang turut bertungkus lumus menjayakan majlis. Tazkirah yang disampaikan oleh pelajar j-Qaf ustaz Nor Mohd Jauhar ternyata berjaya memancing minat para hadirin. Semoga sambutan kali ini meningkatkan lagi penghayatan terhadap perjuang Baginda s.a.w. Amin.

Ustaz Rizal.

05 Januari 2011

TAKLIMAT KHAS MQA


Khamis 6.1.2011 3.00 petang. Satu taklimat khas MQA telah berjaya dilaksanakan oleh JAPIM bertempat di Makmal Sains Blok C. Taklimat disampaikan oleh Puan Hariah. Sesi soaljawab dilakukan serentak dengan pembentangan untuk memudahkan pemahaman pensyarah JAPIM.

Adalah diharap dengan taklimat ini, pensyarah JAPIM lebih terkehadapan dalam menghadam hal-hal berkaitan dengan pengurusan MQA.


JAPIM mengucapkan terima kasih kepada Puan Hariah dengan sesi taklimat ringkas tetapi bermaklumat ini.


18 November 2010

ISU TARIKH RAYA HAJI 1431

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan 1 zulhijjah 1431 jatuh pada hari Ahad 7.11.2010 dan dengan itu 10 zulhijjah 1431 di Arab Saudi ialah Selasa 16.11.2010. Manakala Malaysia mengumumkan 1 zulhijjah 1431 jatuh pada hari Isnin 8.11.2010 dan dengan itu 10 zulhijjah di Malaysia ialah Rabu 17.11.2010.

Persatuan Falak Syar'i Malaysia bersetuju menyokong JAKIM menetapkan 1 zulhijjah 1431 pada 8.11.2010. Ini berdasarkan kriteria إمكانة الرؤية , dalam pembuatan kalendar hijri yang diamalkan di Malaysia semenjak 1995. Kriteria ini telah dipersetujui untuk digunapakai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Penentuan Hari Raya di Malaysia adalah berdasarkan kepada رؤية dan حساب. Mengikut hisab matahari, bulan dan bumi akan mengalami إجتماع pada pukul 12.50 tengahari 6.11.2010. Menurut hisab, pada petang tersebut matahari akan terbenam pukul 18.67 dan bulan akan terbenam pukul 19.01. Umur هلال ketika terbenam matahari ialah 6 jam dan ketinggian dari ufuk ialah 0.4 darjah. Salah satu syarat yang ditetapkan dalam falak ialah, umur hilal mestilah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtima'. Oleh yang demikian bulan zulqaedah akan digenapkan menjadi 30 hari dan 1 zulhijjah akan jatuh pada 8.11.2010. Seterusnya hari raya adha ialah 17.11.2010.

Hasil pencerapan yang dilakukan oleh Komplek Falak al-Khawarizmi JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA pada hari Sabtu 6.11.2020 (29 zulqaedah 1431) adalah seperti berikut;
matahari ghurub pada pukul 18:56:59,
bulan ghurub pada pukul 19:01:16,
tarikh ijtimak 16.11.2010,
waktu ijtimak 12:52:50,
keadaan ufuk berawan,
hasil rukyah hilal tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah.

Dengan penerangan yang dikutip dari Persatuan Falak Syari Malaysia ini, diharap semua berpuas hati dalam melakukan ibadat solat sunat hari raya.

USTAZ SHAKIB

15 November 2010

Wuquf di Arafah

Hari ini 9 zulhijjah muslimin akan wuquf di Arafah, termasuk salah seorangnya ialah Ustazah Amanisah. Esok 10 zulhijjah muslimin akan sambut Aidil Qurban. Meriahkanlah dengan laungan takbir kemenangan di setiap surau dan masjid. Pastikan suara kita yang paling kuat di surau dan masjid tempat kita bersolat aid nanti. Laungan itu akan didengar oleh makhluk di sekitar surau dan masjid. Makhluk di sekitar surau dan masjid akan menjadi saksi bahawa kita paling berani angkat suara menyebut kebesaran الله di zaman ini.... zaman orang sedang malu nak takbir.


!!!!!الله أكبر

USTAZ SHAKIB

08 November 2010


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana di atas nikmat dan kurnianya iaitu iman dan islam ,kami daripada murabitha 1 dan 2 telah mengadakan majlis penangguhan usrah bagi sesi 2010.

Program ini diadakan adalah daripada hasil perbincangan naqib dan naqibah dengan sokongan daripada kami sebagai ahli usrah murabitha..

Semasa program ini pelbagai tugasan telah kami lakukan antaranya memasak di waktu petang.Bagi tugasan ini dilakukan oleh muslimat dan para muslimin ditugaskan untuk menyediakan tempat dan mencari bahan mentah untuk dimasak.

Pelbagai juadah telah disediakan oleh muslimat antaranya, nasi tomato,kuih tradisional dan sebagainya.

Tepat jam 9.30 majlis dimulakan dengan membaca ummul firqan al-fatihah sebagi pembukaan majlis .selepas itu kami bersama menasyidkan asmaul husna dengan iringan muzik.

Program ini merupakan salah satu wadah untuk kami mengeratkan silaturahim sebagai saudara seagama,seakidah dan setauhid……..Usrah mampu memberikan ilmu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian….Dalam usrah ada tiga rukun iaitu ta’aruf,tafahum dan takaful yang mana menjadi kekuatan bagi jemaah seumpama ini..Bergerak dalam jemaah adalah merupakan kekuatan dalam menegaKkan agama islam..,,,

26 Oktober 2010

Baju Melayu

Mesyuarat dalaman JAPIM yang diadakan pada 26 Oktober telah memutuskan bahawa setiap pensyarah lelaki dan pelajar lelaki dikehendaki memakai suit baju Melayu yang lengkap pada setiap hari Jumaat pada minggu pertama setiap bulan. Semoga keputusan ini dapat dipatuhi oleh semua warga JAPIM yang terlibat.

Ustaz Rizal.

18 Oktober 2010

Topi keledar.

"Pelajar-pelajar kita 'keras kepala' ka 'kepala keras'?", itulah antara ungkapan yang kedengaran dalam satu kursus sesama pensyarah baru-baru ini. Lebih tak sedap mata bila melihat anak-anak JAPIM sendiri yang hanya mengenakan songkok atau langsung tidak memakai topi keledar ketika berulang-alik antara rumah sewa ke kampus. Sebenarnya undang-undang topi keledar ialah demi maslahah penunggang dan bersesuaian dengan maqasid as-syarie dalam bab hifdzu an-nafs (menjaga nyawa). Tidak rugi apa-apa pun jika kita mengikuti undang-undang yang bermanfaat ini. Hairan juga anak-anak JAPIM masih tidak peka dengan masalah ini. Sekurang-kurangnya ingatlah, kita ada tanggungjawab menjaga nama baik Islam. Ada pahalanya jika kita memakai topi keledar untuk menjaga maslahat diri dan lebih-lebih lagi demi menjaga kemuliaan Islam. Semoga mesej ini dapat diwar-warkan kepada seluruh warga JAPIM.

Ustaz Rizal.