Selamat Datang ke Blog Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun

07 Oktober 2010

Wahai anak...

Semalam ustaz dijemput memberi ceramah di sebuah masjid kepada remaja sekolah. Setelah habis berceramah, dijemput seorang ajk masjid yang sudah lanjut usianya untuk memberi sepatah kata dan merasmikan majlis penutup. Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan remaja tentang bagaimana untuk menggembirakan ibu dan ayah. Mengimbas kembali zaman remajanya, beliau dengan nada sayu menyatakan masa remajanya, beliau sering tidak berpuas hati apabila orang tuanya sering menyuruhnya mengulangkaji pelajaran. Rupanya bila beliau sudah berusia begini, barulah beliau faham rupanya orang tua kita rasa gembira jika mereka melihat kita rajin mengulangkaji pelajaran. Kejayaan kita adalah hadiah terbesar kita untuk mereka. Bukannya wang ringgit. Oleh itu wahai remaja, gembirakanlah hati ibu dan ayah anda dengan rajin mengulangkaji pelajaran. Jadilah anak-anak penyejuk mata kedua orang tua selagi mereka masih ada. Memandang wajah mereka sahaja sudah menjadi pahala, inikan pula jika kita boleh menggembirakan hati mereka. Insaflah...

Kunjungan muhaddith ke Surau Al-Ghazali


الامام العلامة المحدث الشيخ محمد ابراهيم عبد الباعث الحسينى الكتانى

http://www.facebook.com/pages/mhby-fdylt-alshykh-mhmd-abrahym-bd-albath/106868466009749?v=wall

16 Oktober 2010 (Sabtu)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 10 di Maktab Perguruan Tunku Bainun, B.Mertajam.
4.30 ptg : Majlis Sama' Ahadis 11 di Pusat Islam USM.
8.00 mlm : Ceramah di Pusat Islam USM P.Pinang
Tajuk : Manhaj Aqidah Ahlus sunnah wal Jamaah & Soal Jawab

Semoga kita semua dapat memeriahkan majlis ini nanti.

06 Oktober 2010

Isu Google Translator

Kemudahan yang ditawarkan oleh teknologi hari ini tidak dapat dinafikan telah banyak membantu memudahkan hidup manusia sejagat. Tetapi tidak semua kecanggihan teknologi mampu memahami kehendak sebenar manusia. Salah satu kemajuan teknologi yang menjadi isu bagi pensyarah dan pelajar di JAPIM IPTB ialah penggunaan Google Translator untuk menyiapkan kerja kursus dan tesis. Penyerahan sepenuhnya kepada 'kepintaran' Google translator di kalangan pelajar membuatkan pensyarah-pensyarah 'pening kepala'. Bak kata orang, lebih senang bina rumah baru berbanding membaik pulih rumah yang nak roboh. Itulah yang berlaku apabila pelajar-pelajar terlalu bergantung kepada Google translator ini. Penulisan ayat-ayat dalam Bahasa Arab menjadi tunggang-langgang sehingga menyukarkan pensyarah memahami maksud yang ingin disampaikan. Kadang-kadang pensyarah sendiri terpaksa membentuk semula ayat-ayat pelajar sehingga seolah-olah pensyarah pula yang 'tolong buat assignment' pelajar. Semoga pelajar-pelajar tidak mengulangi kesilapan ini lagi pada masa hadapan. Cuba manfaatkan Google Translator hanya untuk mengetahui perkataan sahaja, bukan untuk menterjemahkan ayat yang lengkap. Teknologi ini belum mampu memahami maksud sebenar yang ingin anda sampaikan. Sekian. Wallahu a'lam.

05 Oktober 2010

Tafsir Ibn Kathir


Inilah kitab yang amat berharga yang perlu anda miliki dan mengkajinya. tafsir Ibnu Kathir. Kata Imam Asy-Syaukani," Aku belum pernah melihat ada kitab tafsir yang lebih hebat dari kitab ini".

Imam As-Suyuti juga berkata," Di dunia ini, belum ada satu kitab pun yang lebih hebat dati tafsir Ibnu Kathir".

Sudahkah anda memiliki khazanah berharga ini? Sebagai penuntut ilmu dalam bidang ilmu-ilmu Islam, anda sebaiknya memiliki kitab ini dalam koleksi kitab-kitab anda. Amat malang jika anda lahir dari IPTB ini tanpa pernah sekalipun mentelaah kitab-kitab turath yang berharga seperti ini. Marilah kita mengarahkan seluruh usaha dan kekuatan kita untuk mendalami Al-Quran melalui kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti kitab ini. Semoga Allah permudahkan anda semua. Amin.

04 Oktober 2010

Seminar Penyelidikan

Seminar penyelidikan akan diadakan pada 12 dan 13 Oktober 2010. Pelajar-pelajar tahun akhir akan membentangkan hasil kajian masing-masing untuk melayakkan mereka dianugerahkan ijazah perguruan. JAPIM akhir-akhir ini semakin meriah dikunjungi oleh pelajar-pelajar yang sedang membuat persiapan untuk pembentangan mereka. Marilah kita semua sama-sama mendoakan mereka berjaya mengharungi detik-detik penting dalam hidup mereka ini. amin.

Pensyarah hasilkan buku.

Jika anda merasa kurang bermotivasi untuk menghafaz Al-Quran, apa kata jika anda cuba berjinak dengan sebuah buku yang disusun oleh seorang pensyarah JAPIM Ustaz Abdul Rahim Ramly bertajuk "Ya Allah! Jinakkan hatiku menghafaz kitabMu". Buku ini sarat dengan kata-kata yang mengetuk-ngetuk pintu hati pembaca agar mencintai kitab suci ini dan seterusnya menyimpannya di dalam dada masing-masing. Penampilan bahasa yang mudah dan ringan menyerlahkan kesesuaian buku ini untuk menjadi bacaan semua lapisan masyarakat. Ayuh segera dapatkan buku ini terus dari penulisnya. Semoga kita semua menjadi pencinta Al-Quran dan mendapat syafaatnya di akhirat nanti.

01 September 2010





Pada 24 ogos 2010 yang lepas, Jabatan Pewakilan Pelajar telah mengadakan program sua mesra tautan ukhwah yang bertempat di dewan aminuddin baki. Seramai lebih kurang 200 pelajar ipgktb telah turun bersama-sama bagi memeriahkan program ini termasuk guru pelatih India dan China. Turut sama hadir bagi memeriahkan majlis ini adalah Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGKTB. Majlis ini bermula dari jam 7.00 petang dan berakhir pada 10.00 malam. Solat maghrib, isyak dan solat terawih telah dijalankan di dewan Aminuddin Baki .

pelajar muslim berbuka puasa
majlis bersalam-salaman setelah solat trawi
pelajar non-muslim juga turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.