Selamat Datang ke Blog Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun

Latar belakang

SEJARAH:

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JPIM) telah ditubuhkan pada tahun 1992. Pada mulanya, JPIM dikenali sebagai Unit Pendidikan Islam dan Moral. Pada tahun 2000, Unit Pendidikan Islam dan Moral telah dinaikkan taraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Jabatan ini terletak di aras 2 Blok C bilik C201. Ia menempatkan pensyarah-pensyarah yang mempunyai pelbagai kepakaran dan bertanggungjawab terhadap Unit Pendidikan Islam & Unit Tamadun, Unit Bahasa Arab dan Unit Pendidikan Moral.


OBJEKTIF:

1) Merancang dan melaksanakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran  mengikut  jadual waktu dan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh  Kementerian Pelajaran Malaysia.

2) Menyedia dan mengedarkan bahan-bahan pengajaran yang berkaitan kepada guru pelatih seperti yang telah ditetapkan.

3) Memastikan guru pelatih mendapat pendedahan secukupnya dalam Pengurusan Gerko.