Selamat Datang ke Blog Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun

18 November 2010

ISU TARIKH RAYA HAJI 1431

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan 1 zulhijjah 1431 jatuh pada hari Ahad 7.11.2010 dan dengan itu 10 zulhijjah 1431 di Arab Saudi ialah Selasa 16.11.2010. Manakala Malaysia mengumumkan 1 zulhijjah 1431 jatuh pada hari Isnin 8.11.2010 dan dengan itu 10 zulhijjah di Malaysia ialah Rabu 17.11.2010.

Persatuan Falak Syar'i Malaysia bersetuju menyokong JAKIM menetapkan 1 zulhijjah 1431 pada 8.11.2010. Ini berdasarkan kriteria إمكانة الرؤية , dalam pembuatan kalendar hijri yang diamalkan di Malaysia semenjak 1995. Kriteria ini telah dipersetujui untuk digunapakai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Penentuan Hari Raya di Malaysia adalah berdasarkan kepada رؤية dan حساب. Mengikut hisab matahari, bulan dan bumi akan mengalami إجتماع pada pukul 12.50 tengahari 6.11.2010. Menurut hisab, pada petang tersebut matahari akan terbenam pukul 18.67 dan bulan akan terbenam pukul 19.01. Umur هلال ketika terbenam matahari ialah 6 jam dan ketinggian dari ufuk ialah 0.4 darjah. Salah satu syarat yang ditetapkan dalam falak ialah, umur hilal mestilah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtima'. Oleh yang demikian bulan zulqaedah akan digenapkan menjadi 30 hari dan 1 zulhijjah akan jatuh pada 8.11.2010. Seterusnya hari raya adha ialah 17.11.2010.

Hasil pencerapan yang dilakukan oleh Komplek Falak al-Khawarizmi JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA pada hari Sabtu 6.11.2020 (29 zulqaedah 1431) adalah seperti berikut;
matahari ghurub pada pukul 18:56:59,
bulan ghurub pada pukul 19:01:16,
tarikh ijtimak 16.11.2010,
waktu ijtimak 12:52:50,
keadaan ufuk berawan,
hasil rukyah hilal tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah.

Dengan penerangan yang dikutip dari Persatuan Falak Syari Malaysia ini, diharap semua berpuas hati dalam melakukan ibadat solat sunat hari raya.

USTAZ SHAKIB

0 komen:

Catat Ulasan