Selamat Datang ke Blog Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun

13 Oktober 2010

Mahrajan Al-Lughah Al-Arabiyyah


Mahrajan Al-Lughatul Arabiyyah tela
h berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh IPG Kampus Darulaman pada 12 Oktober 2010 sebagai meneruskan tradisi yang dimulakan oleh IPG kampus Tuanku Bainun pada tahun lepas. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga dikalungkan kepada IPG Kampus Darulaman kerana sudi meneruskan tradisi ini. Menyingkap sejarah mahrajan pada tahun lepas di kampus kita, amat terasa bahangnya apabila seminggu sebelum mahrajan diadakan, hampir seluruh warga JAPIM mula bertutur dengan bahasa syurga ini. Lebih menyerlah lagi pada hari mahrajan diadakan, seluruh warga JAPIM berpakaian ala padang pasir yang kadang-kadang melucukan apabila dikenangkan.

Bagi pelajar-pelajar JAPIM yang turut serta berkunjung dan memeriahkan acara-acara di Jitra baru-baru ini, pihak JAPIM IPG KTB amat berterima kasih kepada semua. Tahniah juga diucapkan bagi anak-anak JAPIM yang berjaya membawa pulang hadiah2 kemenangan. Bagi yang kurang berjaya, usah bersedih atau berputus asa. Apa yang penting ialah mengasah kemahiran diri dan keyakinan diri dalam berbahasa arab. JAPIM IPG KTB berhasrat melahirkan anak-anak JAPIM yang mampu menggunakan bahasa ini dalam kehidupan harian mereka sebagai bahasa yang akan memampukan mereka menggali ilmu-ilmu dalam Al-Quran dan sunnah serta kitab-kitab turath Islami yang amat berharga. Semoga dengan kemampuan ini anak-anak JAPIM akan keluar sebagai para 'duat' dalam perjuangan memartabatkan semula Islam sebagai 'ad-Deen'.

0 komen:

Catat Ulasan