Selamat Datang ke Blog Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun

07 Oktober 2010

Wahai anak...

Semalam ustaz dijemput memberi ceramah di sebuah masjid kepada remaja sekolah. Setelah habis berceramah, dijemput seorang ajk masjid yang sudah lanjut usianya untuk memberi sepatah kata dan merasmikan majlis penutup. Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan remaja tentang bagaimana untuk menggembirakan ibu dan ayah. Mengimbas kembali zaman remajanya, beliau dengan nada sayu menyatakan masa remajanya, beliau sering tidak berpuas hati apabila orang tuanya sering menyuruhnya mengulangkaji pelajaran. Rupanya bila beliau sudah berusia begini, barulah beliau faham rupanya orang tua kita rasa gembira jika mereka melihat kita rajin mengulangkaji pelajaran. Kejayaan kita adalah hadiah terbesar kita untuk mereka. Bukannya wang ringgit. Oleh itu wahai remaja, gembirakanlah hati ibu dan ayah anda dengan rajin mengulangkaji pelajaran. Jadilah anak-anak penyejuk mata kedua orang tua selagi mereka masih ada. Memandang wajah mereka sahaja sudah menjadi pahala, inikan pula jika kita boleh menggembirakan hati mereka. Insaflah...

0 komen:

Catat Ulasan