Selamat Datang ke Blog Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun

04 Oktober 2010

Pensyarah hasilkan buku.

Jika anda merasa kurang bermotivasi untuk menghafaz Al-Quran, apa kata jika anda cuba berjinak dengan sebuah buku yang disusun oleh seorang pensyarah JAPIM Ustaz Abdul Rahim Ramly bertajuk "Ya Allah! Jinakkan hatiku menghafaz kitabMu". Buku ini sarat dengan kata-kata yang mengetuk-ngetuk pintu hati pembaca agar mencintai kitab suci ini dan seterusnya menyimpannya di dalam dada masing-masing. Penampilan bahasa yang mudah dan ringan menyerlahkan kesesuaian buku ini untuk menjadi bacaan semua lapisan masyarakat. Ayuh segera dapatkan buku ini terus dari penulisnya. Semoga kita semua menjadi pencinta Al-Quran dan mendapat syafaatnya di akhirat nanti.

1 komen:

ZUBIR berkata...

Buku menarik boleh didapati dari pengedar tunggal yang dilantik oleh Us Rahim iaitu Us Zubir

Catat Ulasan